PrOuD 2 b M3

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia
sentiasa ada kegembiraan dan kebahagiaan bersamaku kerana aku tahu Allah swt sentiasa di sisi menemani hari-hari ku...

Thursday, October 18, 2012

SEBULAN BERLALU...ALHAMDULILLAH ::TERIMA KASIH YA MUQTADIR::

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera... Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan rahmat serta keberkatan diiringin restuNya...yang aku nantikan telah diakhiri dengan penuh rasa syukur kepada Nya...setelah apa yang aku lalui dlm hidup aku...aku kini telah sah bergelar isteri kepada seorang insan yang ikhlas dan tulus hatinya menerima aku sebagai peneman hidupnya...kini telah 1bulan 5hari aku bergelar isteri kepada Mohd Rizal Abdul Ghani...bie,i love u so much... Rasa syukur ini sangat mengusik jiwa aku sehingga tak terucap dengan kata2 apa yang aku rasa...tidak digambarkan dengan riak wajah apa yang tersirat di dalam hati ini...apa pun aku rasa sangat bersyukur kerana Allah swt memakbulkan doaku...doa aku yang sangat2 lemah di atas bumi Nya ini...atas apa yang aku lalui...Dia kurniakan aku cahaya untuk aku terus hidup...Dia mendengar luahan hati ini dan rintihan yang mengharapkan belai kasih sayang Nya... Kalau nak bercerita tentang kisah cinta kami...sejujurnya kami tidak bercinta...percintaan kami bru bermula selepas die sah menjadi suami ku...percaya???tapi itulah kenyataan...die hadir saat aku terjatuh...meminta izin ayah dan mama untuk memperisterikan aku tanpa mengenali diri aku yang sebenar...ikatan pertunangan dibuat selepas 1bulan die melamar aku...tanpa waktu yang panjang...6bulan seterusnya ikatan pernikahan termetrai antara aku dan die...sekali lafaz die sah menjadi suami aku dan aku menjadi tulang rusuk kirinya...so kalau kira perkenalan kami yang sebenar hanyalah selama 7bulan 23hari...baru 1bulan 5hari kami bercinta...dan aku berharap agar percintaan kami ini akan kekal selama-lamanya...amin...insyaAllah Ya Allah Ya Ba`ri Ya Mutakabbir Ya Muhaimin Ya Adil Ya Kabir....Kau peliharalah ikatan ini...Kau terangin hati kami dg kasih sayang dan cinta dari restuMu...tapi tidak kasih sayang dan cinta itu melangkawi cinta kami kepada Mu Ya Wahid...Ya Nur, Kau terangi kehidupan kami dgn cahaya Mu...semoga kami,keluarga kami,pewaris kami sentiasa berpegang teguh dengan jalanMu Ya Muta'al...amin Ya Rabbal'alamin... Ok...tu je tuk coretan hari ini...semoga masih ada lagi hari utk aku pada hari esok...dan insyaAllah akan ada coretan yang membahagiakan...amin...salam..

2 comments:

Unknown said...

tahniah sis...love you~~~

SyCL0N3^tEdDy said...

Tq dear sis...love u too...